Antarabangsa

Tak Diendahkan Polis, Wanita Bunuh Diri Setelah Dicabul

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BILASPUR, 07 April 2022 – Champa Bai, seorang wanita India dari Bilaspur telah ditemui menggantung dirinya apabila aduan cabulnya tidak dipedulikan pihak polis baru-baru ini.

Menurut laporan Times of India, Birasia Bai, ibu kepada mangsa memaklumkan bahawa anak perempuannya telah dicabul dua hari sebelum ditemui menggantungkan diri di Dhobahar Primary Hill Center, Bilaspur.

Champa didatangi oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau dresser yang bertugas di sebuah hospital ketika ingin ke tandas. PPP yang dikenali sebagai Rupendra Singh Badarya mula memaksa dan mengoyak pakaian Champa.

Bagi menyelamatkan diri, mangsa terpaksa berlari dan mengunci diri di dalam tandas.

Keesokan hari, Champa dan ibunya pergi ke balai polis untuk memfailkan aduan terhadap pencabul. Mereka menunggu berjam-jam namun tidak dihiraukan pihak polis. Justeru itu, mereka mengambil keputusan untuk pulang.

Birasia Bai meluahkan kekesalannya dan mendakwa bahawa pentadbiran pihak polis telah menyebabkan kematian anak perempuannya.

Kes pencabulan ini telah memberi impak yang besar dan serius, di mana Inspektor Jeneral Bilaspur, Ratan Lal Dangi mengambil keputusan untuk menggantung operasi balai polis Pendra yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: