Antarabangsa

Netizen Kritik Polis India Culas Kes Seruan Rogol & Keganasan Atas Muslim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DELHI, 28 Mac 2022 – Pengguna laman Twitter baru-baru ini menyuarakan kekecewaan terhadap pihak polis di India dan mendakwa mereka hanya menanam tebu di tepi bibir berkaitan seruan-seruan keganasan ke atas umat Islam di India oleh pelampau-pelampau Hindu.

Hal ini timbul dari sebuah ciapan oleh seorang wanita yang memohon pihak polis Delhi menyiasat seorang pemuda Hindu yang mengatakan Hindu di India berhak merogol wanita dan budak perempuan Islam.

Susulan dari ciapan tersebut, pihak polis Delhi telah membalas menyatakan mereka telah mengambil maklum dan akan mengambil tindakan.

Namun, rata-rata pengguna Twitter menyambutnya dengan sinis, di mana seorang pengguna menyatakan:

“Mereka tidak akan mengambil tindakan sehinggalah polis Mumbai yang datang tangkap.”

Seorang pengguna lain pula menyatakan:

“Rakyat ada masalah kepercayaan dengan anda @DelhiPolice, terutamanya selepas (melihat) bagaimana kamu menahan Komal Sharma sekelip mata. Macam mana kamu hukum Kapil Mishra kerana menanamkan kebencian?” ujarnya.

Komal Sharma adalah seorang ahli politik di bawah Bharatiya Janata Party (BJP) yang terpalit skandal, di mana beliau didakwa membuat kenyataan berunsur kebencian sekaligus mengakibatkan sebuah konflik di Delhi yang meragut 53 nyawa dan mencederakan ratusan penduduk.

Leave a Reply

Back to top button