Antarabangsa

Samseng Hindu Rempuh Masuk Kolej Ugut Pelajar Muslimah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 10 Mac 2022 – Pelajar-pelajar Muslimah di sebuah kolej kerajaan di India berdepan dengan detik menakutkan selepas dua orang samseng masuk ke kawasan kolej dan mengugut mereka untuk menanggalkan tudung.

Samseng-samseng tersebut bukan sahaja memaksa pelajar Muslimah untuk menanggalkan tudung, malah turut mengugut untuk membunuh pelajar-pelajar lelaki yang cuba mempertahankan rakan Muslimah mereka.

“Samseng-samseng tempatan memasuki Kolej PU di #Mugthihalli, #Chikmagalur, membuat kecoh & mengancam untuk membunuh pelajar,” kata Safa, pengguna media sosial.

Menurut Shaad Bajpe, seorang aktivis hak asasi manusia, dua orang samseng yang bernama Madhu dan Manohar itu turut menghalau pelajar Muslimah yang enggan menanggalkan tudung mereka.

“Geng panchayat tempatan Madhu dan abangnya Manohar memasuki kolej tanpa kebenaran dan memaksa pelajar keluar kolej jika mereka tidak mahu menanggalkan hijab di hadapan kakitangan kolej.”

“Pelajar lelaki memberanikan diri mempersoalkan tindakan samseng tersebut dan cuba menghentikan mereka, tetapi dia kemudiannya diugut oleh Manohar,” kata mantan pembaca berita itu lagi.

Ketika para pelajar itu diugut dan diganggu, kakitangan kolej yang ada di situ hanya diam tidak berkutik menyaksikan insiden terbabit, kata Shaad Bajpe.

“Malangnya, tiada seorang pun kakitangan kolej yang memfailkan laporan terhadap samseng-samseng itu ataupun cuba menghentikan mereka.”

Sebaliknya, para pelajar diarahkan untuk tidak merosakkan pelajaran mereka kerana hanya tinggal seminggu lagi sebelum peperiksaan persediaan, tambah beliau.

Setakat ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa Karnataka walaupun pengguna-pengguna media sosial yang lain telah melaporkan kejadian ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: