Antarabangsa

Pejuang Pengharaman Daging Halal Belasah Peniaga Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHIVAMOGGA, 01 April 2022 – Seorang pekedai Muslim dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan samseng pro-Hindu selepas gagal mendapatkan ayam tidak halal seperti yang dituntut oleh mereka.

Menurut Mohammed Zubair, pengasas bersama @AltNews, kedai daging ayam Sayyed Ansar dan saudaranya, Tousif didatangi samseng-samseng dari pihak penyokong kerajaan dan mendesak agar diberikan daging ayam tidak halal.

Mereka bertindak membelasah Sayyed Ansar dan Tousif selepas kedua-dua mereka gagal menyediakan daging ayam tidak halal, walaupun Sayyed Ansar menyatakan akan mendapatkannya dari kedai berhampiran.

Samseng-samseng tersebut yang juga merupakan pelanggan lama Sayyed memaksanya untuk menutup kedai dagingnya.

Berikutan insiden, ini, satu laporan polis telah difailkan di Hosamane Shivaji Circle.

Ahli-ahli organisasi Hindu sekarang ini sedang giat menjalankan kempen untuk mengharamkan penjualan daging halal di daerah Shivamogga and Chikkamagaluru.

Manakala, ahli-ahli Bajrang Dal kini mengadakan kempen dari pintu ke pintu dan mengedarkan risalah, menggesa orang ramai untuk membeli barangan runcit dan daging hanya dari kedai Hindu sahaja.

“Tidak ada lagi produk-produk halal untuk Hindu. Mari bersama-sama kita menentang Jihad Ekonomi!!!,” kata Setiausaha Agung Kebangsaan BJP dan MLA, C.T. Ravi dalam Twitternya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: