Antarabangsa

Pelampau Hindu Menari Atas Bumbung Masjid, Bakar 40 Rumah Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAJASTHAN, 08 April 2022 – Sekelompok pelampau Hindu telah membuat provokasi dengan menari di atas bumbung masjid dan di kawasan perkarangannya sambil mengibarkan bendera-bendera berwarna saffron sambil melaungkan “Jai Shri Ram” semasa menyambut perayaan tahun baru Hindu.

Sebahagian pelampau Hindu yang menyertai perarakan perayaan itu juga bertindak membakar lebih daripada 40 buah rumah, beberapa buah kedai, dan beberapa buah kenderaan umat Islam dalam tempoh 24 jam.

Kelakuan keganasan anti-Islam itu berlaku apabila beberapa kumpulan pelampau Hindu bermotosikal melalui perkampungan Muslim di bandar itu sambil memekik slogan-slogan anti-Islam dan lagu-lagu yang menghasut keganasan terhadap umat Islam dipasang kuat di pembesar suara.

Peserta perarakan itu kemudian bertindak lebih ganas dengan merejam batu di rumah-rumah milik umat Islam di kampung itu dan selepas itu membakar rentung banyak rumah, kedai dan kenderaan umat Islam.

Menurut pihak polis, seramai 35 orang telah tercedera dalam serangan itu. Pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di tempat berkenaan bermula 6.30pm pada 2 April sehingga 12.00am pada 4 April.

Pihak polis telah memberkas 46 orang dan menahan 7 orang lagi untuk disoal siasat berkenaan insiden tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: