Antarabangsa

Rakaman CCTV Aksi Pesakit COVID-19 Cabul Kanak-Kanak 3 Tahun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 26 Mac 2022 – Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dicabul seorang pemuda di perkarangan rumahnya.

UtusanTV melaporkan, kejadian berlaku di Jalan Adam Malik, Samarinda, Kalimatan Timur, Indonesia.

Kejadian hitam yang memberikan kesan trauma mendalam kepada kanak-kanak itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa pada jam 1:50 petang ketika mangsa sedang leka bermain seorang diri.

Pelaku yang berumur 25 tahun itu didapati memasuki kawasan perkarangan rumah mangsa sebelum melakukan tindakan yang tidak bermoral dengan mencium kanak-kanak tersebut.

Perbuatan jijik itu disedari oleh ibu mangsa yang segera menyelamatkan anaknya dengan memukul serta menghalau pelaku keluar dari rumah mereka.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak Polis Samarinda, Teguh Widodo mengesahkan bahawa pelaku yang didapati positif COVID-19 itu kini berada dalam tahanan polis. Suspek juga ditempatkan di wad pengasingan Rumah Sakit Jiwa Atma Husada Samarinda.

“Tindakan suspek seperti orang tidak waras, pemeriksaan lanjut akan dilakukan selepas bebas COVID-19,” ujar Teguh Widodo.

@meisyaaulia4, seorang pengguna media sosial menyifatkan suspek sebagai binatang.

“Bukan manusia tapi binatang,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button