Antarabangsa

28 Maut Gara-Gara Arak Tiruan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 27 Julai 2022 – Kira-kira 28 orang maut di Gujarat, barat India selepas terminum arak tiruan yang mengandungi alkohol metil dan 22 orang mangsa adalah dari pelbagai kampung di daerah Botad manakala enam lagi dari Ahmedabad, lapor media tempatan.

Menurut satu laporan, Ketua Pengarah Polis (DGP) Negeri, Ashish Bhatia memaklumkan bahawa pihak polis telah mengambil tindakan dengan menahan beberapa orang individu yang bertanggungjawab dan terlibat dalam kes ini.

“Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut mengambil alkohol metil. Kami telah menahan 14 individu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain, dan sudah menahan kebanyakan tertuduh.”

Turut dimaklumkan dalam laporan sama, Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung insiden terbabit dijalankan.

Disebabkan larangan tempatan atau harga arak yang murah, peminum arak di India sering membeli minuman keras haram tersebut sehingga ianya menjadi punca kepada kes kematian yang kerap berlaku di Gujarat, barat India.

Leave a Reply

Back to top button