Antarabangsa

Guru Cuba ‘Rogol’ Budak Lelaki Di Maldives

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MALDIVES, 28 Julai 2022 – Seorang guru tuisyen lelaki warganegara India terlibat dalam cubaan merogol seorang budak lelaki di Maldives, kata The Maldives Journal.

Sewaktu kejadian berlaku, guru berkenaan yang mengajar di Sekolah Iskandar sedang berada di rumah budak lelaki tersebut yang juga merupakan pelajar darjah lapan di sekolah itu.

Guru itu telah menunjukkan kemaluannya kepada budak lelaki tersebut namun ia disedari oleh keluarga mangsa yang terus bertindak menghubungi pihak polis.

Menurut Maldives Police Service (MPS), kejadian itu merupakan yang terbaru melibatkan serangan seksual terhadap budak lelaki oleh guru India.

Tambahnya, terdapat juga seorang lagi warga India yang sedang disiasat kerana menyerang seorang pelajar lelaki.

Lapor akhbar berkenaan, bilangan warga India yang cuba merogol kanak-kanak lelaki serta menghina Islam kian meningkat.

Walau bagaimanapun, dalam kes yang melibatkan kejadian kritikal sedemikian, pesalah tidak akan dikenakan hukuman namun mereka akan terus dihantar pulang ke India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: