Tempatan

Ideologi Pelampau Hindu Di Malaysia Terpengaruh Kumpulan Ekstremis Di India – Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 – “Dipercayai ideologi dan kumpulan pelampau atau disebut ekstremis Hindu di Malaysia mempunyai hubungan dan terpengaruh dengan kumpulan ekstremis di India,” ujar CEO IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim.

Menurutnya, dalam konteks persaingan politik, kewujudan kumpulan begini membolehkan pihak-pihak tertentu dalam politik untuk mempergunakan mereka bagi isu-isu berkaitan ketegangan hubungan antara kaum.

“Termasuklah hal yang lebih besar iaitu isu yang melibatkan sensitiviti antara agama sebagai bahan politik untuk kepentingan mereka.”

Jelas beliau, sudah tentu pihak sebegini mahukan kumpulan ekstremis seperti ekstremis India untuk memainkan peranan dalam membakar sentimen kaum India di Malaysia sama ada secara ideologi mahupun secara rasisme.

Pada masa sama, mereka juga memainkan peranan untuk melakukan provokasi ke atas bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Beliau berkata, hari ini, kita melihat ketegangan malah rusuhan yang boleh tercetus bertujuan membuka pintu kepada pihak-pihak tertentu dalam politik untuk mendesak dan mengangkat lagi suara serta agenda mereka.

Ujar beliau lagi, perkara ini khususnya dalam soal yang berkaitan rupa bentuk serta identiti negara ke arah yang lebih menjurus kepada mencairkan identiti Islam dan kebangsaan Melayu di negara ini.

Justeru, Kerajaan perlu melihat perkara ini sebagai sebuah ancaman yang sangat serius kepada negara dan melakukan pencegahan daripada awal sebelum semuanya sudah terlambat.

“Warga Malaysia daripada kaum India tidak boleh dibiarkan terdedah dan terkesan kepada hasutan dan permainan sentimen jahat daripada kumpulan ekstremis yang digunakan dan ditunggang oleh dalang-dalang politik untuk kepentingan mereka,” tegas beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button