Antarabangsa

Rakyat Singapura Perlu Bayar RM310 Ribu Hanya Untuk Hak Beli Kereta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 11 April 2022 – Kos untuk membeli hak memiliki kereta di Singapura telah mencatatkan rekod yang tertinggi ketika ini, menurut data yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Singapura (LTA).

Kos pemilikan kenderaan persendirian di Singapura kini meningkat 17.2% berbanding tahun lepas.

Bidaan bagi kategori terbuka Sijil Hak Memiliki (COE), yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, kini meningkat mencecah RM 310 ribu (S$99,999) pada bulan April.

RM310 ribu ini adalah kos yang terpaksa dibayar sebelum mempunyai hak untuk membeli kenderaan di negara itu.

Bayaran premium untuk hak membeli kenderaan bagi kategori kereta mewah pula kini bernilai RM 304,745 (S$98,389).

Lebih 1/3 kenderaan yang didaftarkan buat separuh masa kedua tahun lepas di Singapura adalah terdiri daripada jenis model mewah, 22% daripadanya terdiri daripada jenis BMW dan Mercedes-Benz, menurut Bloomberg.

Data LTA ini menunjukkan bahawa ramai pemilik kenderaan di Singapura tergolong dalam kelompok berpendapatan tinggi kerana mampu menanggung perbelanjaan besar untuk memiliki kenderaan di sana.

Baru-baru ini, Astro awani melaporkan, ramai rakyat Malaysia berasa kecewa terhadap sikap pemilik kenderaan warga Singapura yang tergamak mengambil kesempatan mengisi kenderaan mereka dengan minyak murah bersubsidi di Malaysia meskipun mereka berkemampuan tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: