Tempatan

ePemula: Pelajar Bengang Kredit Tunai Tapi Beli Offline

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 April 2022 – Kredit e-tunai sebanyak RM150 di bawah program ePemula telah boleh mula didaftar dan dituntut mulai hari ini sehingga 1 Jun ini melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Pemberian kredit e-tunai ini boleh dimanfaatkan oleh golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak dan juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini iaitu sehingga 10 Jun 2022.

Namun inisiatif kerajaan ini telah menerima reaksi negatif dari warganet di Twitter. Rata-rata belia bengang dengan cara penggunaan kredit e-tunai tersebut.

“Cis dah tuntut ePemula baru baca dekat Twitter boleh for luar talian sahaja. Jadi apa guna bagi dekat shopee,” ujar salah seorang pengguna Twitter.

WhatsApp-Image-2022-04-11-at-2.08.21-PM-1.jpeg?resize=516%2C258&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Sumpah eBelia lebih bernilai daripada ePemula. Kita berumur 18 hingga 20 tahun, kita lebih banyak membeli dalam talian daripada luar talian. Kecewa sungguh. Dan aku benar-benar tidak peduli jika aku tidak menggunakannya kerana IA TIDAK BERBALOI,” ujar pengguna yang lain.

WhatsApp-Image-2022-04-11-at-2.08.22-PM-1.jpeg?resize=506%2C341&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Hello?? Anda menyediakan aplikasi dalam talian sebagai cara untuk menuntut ePemula dan tiba-tiba anda tidak boleh menggunakan untuk membeli-belah dalam talian?? Tolong buat masuk akal 😀,” tambah salah seorang pengguna laman sosial tersebut.

WhatsApp-Image-2022-04-11-at-2.08.22-PM.jpeg?resize=515%2C308&is-pending-load=1#038;ssl=1

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan semalam memaklumkan, ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: