Terkini

Aktivis Dakwa Kerajaan Singapura ‘Sorok’ Data Diskriminasi Tahanan Berdasarkan Bangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 13 Julai 2022 – Daryl Yang, seorang aktivis, mendakwa bahawa kerajaan Singapura ‘menyembunyikan’ data berkenaan diskriminasi di penjara kerana data tersebut boleh digunakan untuk mencabar sistem perundangan jenayah di sana.

“Mungkin satu sebab data tersebut tidak dapat diperolehi adalah ia mungkin akan digunakan sebagai bahan bukti untuk membuat cabaran keperlembagaan mendakwa diskriminasi bangsa dalam sistem perundangan jenayah,” ujarnya dalam sebuah ciapan.

Ulasnya lanjut, sekiranya cabaran keperlembagaan tersebut berjaya, ia bakal menjejaskan sistem pentadbiran dan pengelolaan perundangan jenayah di Singapura.

“Sekiranya berjaya, ia mampu menumbangkan birokrasi hukuman di Singapura sekarang ini.”

Daryl kemudiannya merujuk kepada sebuah laporan kes mahkamah di mana 17 orang banduan hukuman mati mendakwa mereka didiskriminasi dalam proses pendakwaan mereka.

Tambahnya lagi, sebuah kes daripada United Kingdom (UK) telah dirujuk oleh Mahkamah Tinggi Singapura ketika itu, di mana hakim dalam kes UK terbabit menegaskan bahawa maklumat daripada statistik boleh digunakan untuk membuktikan diskriminasi terhadap sebarang kumpulan dalam sesebuah sistem perundangan.

Daryl Wang mengeluarkan kenyataan tersebut dalam mengulas sebuah lagi ciapan pengguna di laman Twitter yang mendedahkan pengakuan kerajaan Singapura tentang diskriminasi yang berlaku.

“Ia mengambil masa 15 tahun untuk kerajaan sahkan bahawa golongan minoriti adalah ‘overrepresented’ (“digambarkan dengan tidak berpatutan”, kalau kamu nak guna Eufemisme Shan) di penjara, dan mereka masih enggan bekalkan statistik,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: