Tempatan

Minyak Naik Harga Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 Jun 2022 – Kerajaan mengumumkan harga minyak meningkat lagi bermula hari ini, 16 Jun 2022 hingga 22 Jun 2022, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman sosial Twitter.

Menurut kenyataan tersebut, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 11 sen seliter mengikut harga pasaran menjadikan harga minyak RON97 RM4.83 seliter.

Harga seliter minyak RON97 sebelum ini ditetapkan RM4.72.

Seterusnya, Kerajaan memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 masih kekal pada paras RM2.05 seliter, begitu juga dengan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah pun meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Menurut laman web mysumber.com, harga runcit petrol bermula awal bulan Jun sehingga sekarang, hanya harga RON97 yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding harga bagi RON 95 dan diesel yang kekal pada RM2.05 dan RM2.15.

Untuk rekod, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan di Malaysia menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: