Pantai Timur Kehabisan Minyak, Kereta Tersadai
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SABTU, 07 Mei 2022 – Semalam, tular di media sosial sebuah video yang merakamkan keadaan sesak di sebuah pam minyak kerana stesen tersebut kehabisan minyak.
@shasyaedora memuat naik gambar di Twitter miliknya dengan kapsyen, “Ni apa kes Pantai Timur tak ada minyak?!! Dari Besut sampai Kuantan. Kereta banyak sadai.”
Tambah @shasyaedora, “Minyak tak ada. Air tak ada. Kedai makan tutup awal sebab barang habis. Ada laki bini sampai bergaduh tepi jalan sebab jalan jem.”
Selain itu, beliau turut memuat naik video yang menunjukkan keadaan sesak di stesen minyak tersebut dipenuhi oleh kereta-kereta yang datang untuk mengisi minyak.
Beberapa jam kemudian, seorang pengguna media sosial membalas hantaran @shasyaedora dengan memaklumkan bahawa lori minyak sudah sampai ke stesen minyak tersebut.
“Untuk ore besut , Shell Pade Luas Lori minyok baru sapa !!!”
Perkara itu turut disahkan oleh @alyejisam, “Untuk besut area! FIVE petrol station dekat Kuala Besut baru refill minyak. Orang tak ramai lagi. Baru lepas isi 5 minit lalu.”
Kejadian stesen minyak kehabisan minyak itu menimbulkan pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang kebanyakannya turut terkesan dengan kejadian tersebut.
Antaranya, @shoutSummer dalam hantaran balasnya berkata, “Semalam berhenti stesen minyak, tinggal minyak ron 97 sahaja. Masjid-masjid banyak air tak ada. Surau-surau ada lagi air. Semalam jammed teruk luar biasa dari Jerteh sampai KT. Kami pusing cari jalan kampung. Hari ni worse. Dengar di radio tadi, pemanggil dari kelantan nak ke Negeri Sembilan, dekat Terengganu sahaja jammed 8 jam.”