Antarabangsa

Rusia Bekalkan Gandum, Petrol & Diesel Kepada Afghanistan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KABUL, 30 September 2022 – Selepas berjaya menandatangani perjanjian sementara dengan Rusia, Afghanistan bakal menerima kira-kira satu juta bekalan tan petrol dan diesel, 500,000 tan gas petroleum cecair serta dua juta tan gandum setahun.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan dan Industri, Nooruddin Azizi, pihaknya cuba untuk mempelbagaikan kerjasama rakan niaga – dan Rusia telah menawarkan pengurangan harga purata komoditi global, lapor media tempatan.

Perjanjian akan berlangsung dalam masa percubaan yang belum ditetapkan lagi tempohnya selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian jangka panjang sekiranya berpuas hati.

Berdasarkan laporan sama, perjanjian yang akan diteruskan dalam masa percubaan yang belum ditetapkan lagi tempohnya itu merupakan perjanjian ekonomi antarabangsa pertama yang dicapai Taliban, Afghanistan selepas berjaya merampas pemerintahan negara tersebut dari tentera Amerika Syarikat.

Bukan sekadar Rusia, Afghanistan kini turut menerima bekalan gas dan petrol daripada Turkminestan dan juga Iran yang mempunyai hubungan kukuh dengan Pakistan yang cuba mempelbagaikan bantuan.

Taliban yang berjaya mengambil alih Afghanistan dari tentera Amerika Syarikat sehingga kini masih belum mendapat pengiktirafan pentadbiran dari mana-mana negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: