Tempatan

Sudah Tiba Masanya Kad Pengenalan Pintar Diwujudkan – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 April 2022 – “Sudah tiba masanya Kad Pengenalan Baharu yang dilengkapi data dan maklumat lengkap bagi rakyat Malaysia untuk terus menerima manafaat subsidi kerajaan dan sekaligus mengekang kad pengenalan palsu, warga asing dan pendatang asing tanpa izin.”

Demikian pandangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh aktivis, Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkenaan isu pembelian petrol bersubsidi oleh warga asing di negara ini dengan cara mewujudkan kad pengenalan pintar.

Beliau yang mesra dipanggil Cikgu Izzat Johari (CIJ) berkata, Kerajaan perlu menyelesaikan masalah yang sudah puluhan tahun timbul tetapi dipandang sepi oleh pihak Kerajaan sendiri dengan mencipta kad pengenalan pintar yang mempunyai imbasan RFID untuk dimasukkan dalam setiap resit pembelian apa sahaja produk dan perkhidmatan bersubsidi.

Selain itu, CIJ juga menyarankan supaya Kerajaan menambah maklumat passport dan maklumat kesihatan, lengkap beserta maklumat pendidikan dalam kad pengenalan pintar tersebut bagi memudahkan urusan seharian rakyat Malaysia.

Dengan cadangan pelaksanaan penambahbaikan tersebut, CIJ turut menasihatkan agar Kerajaan berhati-hati dalam melaksanakannya supaya tidak timbul isu kebocoran data rakyat Malaysia atau isu mudah diciplak dan dipalsukan ketika masalah industri penjualan data maklumat yang amat meruncing sekarang ini.

“Jangan buka projek ‘kad pengenalan’,” tegas beliau lagi.

CIJ turut mengingatkan bahawa impak yang akan diterima adalah negara akan berdepan dengan ketirisan yang sangat besar kerana menanggung subsidi bukan sekadar untuk rakyat Malaysia tetapi juga warga asing jika terus dibiarkan masalah ini tanpa penyelesaian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: