Tempatan

Perlu Permit Khas Buat Entiti Yang Tidak Layak Beli Petrol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 Julai 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan agar syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang tidak layak untuk membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian dikehendaki memohon permit khas di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Kata beliau, permit khas itu adalah bagi mengelakkkan berlakunya penyelewengan petrol dan diesel daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Permit khas ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan,” katanya.

Tambahnya, mereka yang mendapat kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel menerusi permit khas itu boleh menggunakan tong dram, plastik atau bekas yang sesuai mengikut kuantiti yang diluluskan.

“Bagaimanapun, keperluan permit khas ini adalah bagi pembelian melebihi 20 liter kecuali dalam kes-kes tertentu seperti kes kecemasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak yang dibenarkan untuk memohon permit khas itu antaranya ialah pengguna forklift, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa (bukan pemegang kad e-nelayan).

“Permohonan boleh dibuat melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian iaitu portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: