Tempatan

Petrol Tak Turun Sebab Hutang Negara Besar, Bakal Jejas Inisiatif Rakyat Lain – Rafizi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2023 – “Rakyat bertanya kepada kita mengapa tidak turunkan harga petrol. Pertamanya, hutang sekarang RM1.5 trilion. Kita ada hutang besar, jadi Kerajaan harus buat pilihan,” kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ujarnya, pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat terjejas jika Kerajaan mengurangkan harga petrol.

BACA JUGA: Pelajar Perlu Pendedahan Awal Isu Masalah Sosial, Termasuk LGBT

BACA JUGA: Konflik Sudan: Warga Khartoum Diancam Kebuluran

BACA JUGA: Purata Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia Naik Kepada RM8,479 Pada 2022

Penjelasannya itu menyusul selepas Ketua Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali bersetuju menerima cabaran berdebat, dengan syarat Rafizi harus membuktikan beliau berjaya memulihkan ekonomi Malaysia dan menurunkan harga bahan bakar kenderaan, lapor portal tempatan.

Ujar Rafizi, mungkin mudah bagi Kerajaan memenangi PRN dengan mengumumkan harga minyak turun sebanyak 20 sen, tetapi ia akan memberi kesan lebih besar.

“Ia termasuk gaji cikgu dipotong, projek rumah rakyat miskin dihentikan dan bekalan air di Kelantan serta Sabah tidak dapat diselesaikan.”

Berkata lanjut, beliau yang juga Menteri Ekonomi itu berkata, tahun lalu, subsidi untuk RON95, diesel dan elektrik mencecah RM80 bilion, dengan pendapatan Kerajaan dianggarkan sekitar RM300 bilion.

“Kerajaan kena bayar subsidi sampai RM80 bilion, bayar lagi faedah atas hutang lebih kurang RM30 bilion, tambah pula gaji pekerja, sewa bangunan kerajaan dan perbelanjaan kerajaan beratus-ratus bilion.”

“Akhirnya duit itu habis semua, jadi bagaimana kita hendak bantu rakyat untuk naikkan gaji, bina lebih banyak rumah dan wujudkan program basmi kemiskinan yang mengubah kehidupan rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel buat masa ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: