Tempatan

Kerajaan Kaji Semula Cukai GST- MOF

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 24 Mac 2022 – Kerajaan kini masih mengkaji kesesuaian dalam melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta model cukai kepenggunaan yang lain, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kementerian itu memaklumkan bahawa kajian berkenaan akan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan dalam sistem GST yang pernah dilaksanakan pada tahun 2015.

“Kajian yang dijalankan turut meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh kementerian berkenaan bagi menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) sama ada kerajaan mempunyai hasrat untuk melaksanakan semula penggunaan cukai GST tersebut.

Tambah kementerian kewangan itu lagi, jika cukai tersebut dilaksanakan, ia perlulah bersifat mudah ditadbir, tidak meningkatkan kos perniagaan dan mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Dalam proses ekonomi negara sedang berada dalam fasa pemulihan dan pelaksanaan, sebarang bentuk cukai kepenggunaan yang baharu perlu diambil kira mengikut senario semasa.

“Di samping itu, ia juga memberi ruang bagi persiapan dan persediaan yang rapi di kedua-dua pihak kerajaan dan pembayar cukai,” ujar kementerian itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button