Tempatan

Harga Minyak Petrol Naik Lagi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa harga runcit produk petroleum bagi 19 Mei 2022 sehingga 25 Mei 2022 meningkat lagi.

Melalui akaun Twitter rasminya, KPDNHEP telah memuat naik infografik menunjukkan peningkatan melibatkan minyak petrol bagi RON97 sebanyak 2 sen seliter iaitu dari RM4.31 kepada RM4.33.

Manakala, harga runcit petrol RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) kekal seperti sebelum ini.

Seterusnya, KPDNHEP turut mengingatkan pengguna bahawa minyak petrol RON95 hanyalah khusus untuk kenderaan berdaftar di Malaysia sahaja. Manakala bagi kegunaan orang asing, kerajaan Malaysia menyediakan RON97 dan ia juga boleh digunakan oleh rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 37 sen seliter bagi RON97 bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Leave a Reply

Back to top button