Antarabangsa

Singapura Guna Air Kumbahan, Tidak Mahu Bergantung Sepenuhnya Pada Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SINGAPURA, 13 Ogos 2021 – Singapura sebagai negara pulau kecil yang tidak memiliki sumber air semula jadi secukupnya selama ini amat bergantung kepada sumber bekalan air dari Malaysia.

Keadaan ini memaksa Singapura untuk memikirkan kaedah alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kelangsungan hidup 5.7 juta orang rakyat mereka pada Malaysia.

Kerajaan Singapura kini sedang mempelopori kaedah moden memproses air sisa kumbahan kepada air yang selamat untuk digunakan.

Hasil kitar semula air tersebut memenuhi 40 peratus dari kegunaan rakyat Singapura sekarang dan dijangkakan bakal meningkat sehingga 55 peratus penggunaan pada tahun 2060.

“Salah satu strategi utama adalah mengumpulkan ‘setiap titisan’ dan ‘gunakannya semula tanpa henti’,” menurut Low Pei Chin, ketua jurutera air Lembaga Kemudahan Awam.

“Singapura kekurangan sumber alam semula jadi dan saiz ruang pun terbatas, kerana itulah kami sentiasa mencari jalan untuk meneroka sumber air dan memperluas bekalan air kami.”

Sebahagian dari loji mengitar semula air kumbahan itu terpaksa dibina di dalam tanah sehingga sedalam bangunan 25 tingkat bagi menjimatkan ruang, memandangkan negara kecil itu kini menjadi terlalu sempit kerana sesak dengan penempatan penduduk.

Beberapa jaringan pengudaraan dipasang sebagai usaha untuk menyegarkan ruang udara, walaupun bau tengik tetap meruak menyeliputi ruang udara.

Air kumbahan yang baru masuk ke loji akan menjalani proses saringan awal sebelum dipam semula ke bahagian atas untuk proses pemurnian seterusnya.

Di bahagian atas, air terawat itu akan menjalani proses rawatan selanjutnya, dan hidupan merbahaya seperti bakteria dan virus dibasmi dengan sinaran ultraviolet dan kaedah tapisan moden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: