Antarabangsa

Singapura Bakal Bebas Pelitup Muka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 22 Ogos 2022 – Singapura bakal menamatkan peraturan pemakaian pelitup muka di kebanyakan persekitaran dalaman sebagai lanjutan negara itu melepasi era pandemik COVID-19.

“Di mana-mana sahaja, luar bangunan atau dalam bangunan, pelitup tidak diwajibkan,” kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad lalu.

Walau bagaimanapun, Lee mengingatkan bahawa rakyat Singapura tidak semestinya membuka pelitup muka itu serta merta.

Katanya, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan ketika berada dalam pengangkutan awam dan kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital dan rumah jagaan.

Dalam pada itu Lee memberitahu, gelombang terkini COVID-19 di Singapura semakin reda, oleh itu beberapa peraturan akan dilonggarkan dari semasa ke semasa.

Namun, segala butiran akan dikeluarkan kemudian oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian berhubung COVID-19.

Terdahulu, pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi membendung penularan COVID-19.

Kemudian, peraturan itu dilonggarkan bermula 29 Mac dengan pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan ketika berada di dalam bangunan.

Tak wajib pakai pelitup muka di Singapura, mulai 29 Mac depan

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: