Tempatan

Separuh Dari Semenanjung Malaysia Kini Milik Orang Cina – Tun M

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 September 2022 – Ketika ini separuh daripada Semenanjung Malaysia dimiliki orang Cina, demikian dakwaan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Dialog Parti Politik Melayu-Islam, di Hotel Adamson Kuala Lumpur, semalam.

Tun Dr Mahathir menjelaskan dakwaan tersebut adalah susulan tindakan orang-orang Melayu menjual tanah mereka kepada orang Cina.

Tambah beliau, sekiranya di masa hadapan proses penjualan tanah orang Melayu kepada orang Cina berterusan dalam jangka masa 20 tahun, tanah Melayu ini akan dimiliki oleh orang Cina sepenuhnya seperti Singapura.

Beliau mendakwa, tanah Melayu berkemungkinan dimiliki oleh orang Cina keseluruhannya adalah kerana rakyat Malaysia miskin dan hakikat hari ini orang Cina adalah lebih kaya daripada orang Melayu.

“Kenapa kita miskin kerana kita tak sanggup nak belajar, berusaha mendapat kekayaan. Kita tunjuk macam mana nak dapat kekayaan, tapi kita tolak.”

Menyentuh mengenai kenyataan kontroversi ‘Melayu malas’ yang sebelum ini mengguris hati orang Melayu, beliau berkata sekiranya orang Melayu masih tak berusaha dan tidak bekerja kuat, negara ini akan hilang.

“Tetapi kalau kita masih tak berusaha, bekerja kuat, belajar dapat ilmu sebagainya negara kita ini akan hilang daripada tangan kita.”

Dalam program itu, Tun Dr Mahathir turut menyatakan permohonan maaf di atas kenyataan terbabit, tetapi adakah permohonan maaf itu mampu mengubah keadaan orang Melayu jika mereka tidak berusaha? Soal beliau.

“Kalau kerana saya minta maaf itu, maka orang Melayu jadi kaya, baik, saya minta maaf.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: