Antarabangsa

Standard Baru Pelepasan Motosikal Di Singapura Berkuat Kuasa April Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 22 Januari 2023 – Kerajaan Singapura menetapkan standard baru bagi pelepasan Karbon Monoksida (CO) dan Hidrokarbon (HC) ke atas semua motosikal yang digunakan untuk memasuki Singapura.

Undang-undang terbaru itu akan berkuat kuasa bermula 6 April ini.

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan Tidak Dihormati, Tokoh Akademik Kecewa

BACA JUGA: Kedudukan Sabah, Sarawak, PM Janji Minta Nasihat Raja-Raja Melayu

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

Menurut hebahan dari Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura, ujian pelepasan akan dilakukan di setiap pusat pemeriksaan masuk dan dalam blitz penguatkuasaan.

Tanpa mengira tarikh pendaftaran yang dikeluarkan oleh negara pengeluar, pemandu perlu mematuhi standard pelepasan motosikal yang sedang digunakan iaitu;

i. 4.5% Karbon Monoksida (CO) mengikut Volume; dan

ii. 7,800 ppm Hidrokarbon (HC) (untuk motosikal enjin 2 lejang) atau 2000 ppm Hidrokarbon (HC) (untuk motosikal 4 lejang)

Penunggang akan dikenakan denda komposisi di tempat kejadian sekiranya motosikal mereka gagal mematuhi had pelepasan.

Denda yang dikenakan adalah sama bagi motosikal berdaftar tempatan dan luar negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: