Kedudukan Sabah, Sarawak, PM Janji Minta Nasihat Raja-Raja Melayu
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUCHING, 21 Januari 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan merujuk kepada Raja-Raja Melayu mengenai status kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Lapor berita tempatan, beliau perlu berbuat sedemikian kerana pandangan Raja-Raja Melayu penting dan perkara itu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, sebelum ia dikemukakan kepada Kabinet Persekutuan untuk perbincangan dan pertimbangan.
Bagaimanapun, tambahnya, walaupun tiada perubahan dalam istilah, sudah jelas status Semenanjung Malaysia sebagai satu entiti, Sabah satu entiti dan Sarawak adalah satu entiti.
Menurut Anwar, prinsip di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ialah negara ini mengandungi Negeri-Negeri Melayu bersekutu, Sabah dan Sarawak.
BACA JUGA: Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Di Pantai Timur Hingga Rabu Depan
BACA JUGA: Perjuangan Melawan COVID-19 Masih Berliku, Tegas China Sempena Tahun Baru
BACA JUGA: Ukraine-AS Beri Dana Ketenteraan RM22 Bilion, Pentagon Perkenal Kenderaan Kombat Termoden
“Kita perlu menghormati proses itu kerana sebarang perubahan dalam istilah perlu dirujuk kepada Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Saya belum merujuk perkara tersebut kepada Raja-Raja Melayu, cuma saya telah membuat perbincangan awal dengan Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merujuk Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, bukan negeri.
Disebabkan itu, pemimpin Sarawak seperti Abang Johari dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menggesa pindaan Perlembagaan bagi mengenal pasti negeri itu sebagai sebuah wilayah, sama taraf dengan Semenanjung Malaysia.