Antarabangsa

AS Pertimbang Undang-Undang Sekat Import Minyak Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 09 Mac 2022 – Kongres Amerika Syarikat sedang “mempertimbangkan” undang-undang untuk mengharamkan import minyak Rusia, demikian menurut Speaker Dewan Perwakilan A.S. Nancy Pelosi yang berucap pada sidang akhbar di Capitol A.S. di Washington pada 3 Mac lalu.

Kongres AS juga bercadang dalam minggu ini untuk menderma $10 bilion (RM41.6 bilion) bantuan kepada Ukraine sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Rusia ke atas jirannya itu.

Dalam pada itu, Nancy Pelosi memaklumkan bahawa Kongres AS sedang mempertimbangkan undang-undang kukuh yang akan mengasingkan lagi Rusia daripada ekonomi global.

“Rang undang-undang kami akan mengharamkan import produk minyak dan tenaga Rusia ke Amerika Syarikat, memansuhkan hubungan perdagangan biasa dengan Rusia dan Belarus, dan mengambil langkah pertama untuk menafikan akses Rusia kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia.”

Sementara itu, di rantau Asia Tenggara, Singapura menjadi negara paling kuat menentang pencerobohan Rusia.

Singapura mengumumkan sekatan ke atas Rusia yang meliputi empat bank dan larangan eksport ke atas elektronik, komputer dan barangan ketenteraan berikutan krisis Rusia-Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: