Ukraine VS Rusia: Ukraine Diserang Serangan Siber
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KYIV, 17 Februari 2022 – Ukraine yang kini di ambang peperangan dengan Rusia mendakwa bahawa negara tersebut sedang menerima serangan siber.
BACA: Rusia Bakal Serang Ukraine; Seluruh Dunia Cabut Lari Kecuali Rakyat Malaysia
BACA: Di Ambang Perang, Presiden AS Gesa Rakyat ‘Lari’ Dari Ukraine
Baca: Nasionalis Serbia Ikras Bunuh Semua Muslim Bosnia 2022
Laman web penting kerajaan Ukraine termasuk portal Kementerian Pertahanan Ukraine dan laman-laman perbankan telah digodam baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan Ukraine memaklumkan dalam sebuah ciapan di laman Twitter bahawa laman Kementerian tersebut menerima trafik yang luar biasa banyak, di mana ia dipercayai adalah angkara penggodam yang ingin melumpuhkan laman web kementerian tersebut.
“Laman web Kementerian Pertahanan Ukraine berkemungkinan telah diserang secara DDoS (Distributed denial of service) di mana beban trafik keterlaluan per saat direkodkan,” ujar Kementerian tersebut dalam ciapannya.
Menurut portal NPR, selain dari menggodam laman kerajaan dan perbankan, Ukraine juga ‘diserang’ penyebaran mesej palsu yang mendakwa perkhidmatan mesin ATM tergendala. Hal ini mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat Ukraine.
Kerajaan Ukraine tidak menolak kemungkinan yang serangan siber tersebut didalangi oleh Rusia.
“Kami tidak menolak sebarang kemungkinan yang pengganas ini (Rusia) menggunakan taktik kotor kerana pelan agresif mereka tidak berjaya dilaksanakan secara meluas,” kata Pusat Komunikasi Strategik dan Maklumat Ukraine, seperti yang dilaporkan portal Reuters.
Sehingga kini, pihak yang melakukan serangan siber ke atas Ukraine masih belum dapat dipastikan secara tuntas.