Antarabangsa

Wanita Singapura Tikam Diri Sendiri Dipenjara 6 Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 19 Januari 2023 – Mahkamah daerah Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang wanita yang ditahan selepas bertindak menikam dirinya sendiri.

Juliana Abdul Kadir, 53, yang ditahan pada September tahun lalu selepas menikam diri sendiri di luar Sekolah Menengah St Hilda mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki senjata di tempat awam.

BACA JUGA: Trailer Filem “Pulau” Tidak Sesuai Untuk Tayangan – Menteri

BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Putuskan Anak Luar Nikah Layak Warisi Harta Bapa

BACA JUGA: Bencana Demam Babi Afrika Tidak Jejas Bekalan Babi – Ketua Menteri Pulau Pinang

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Wu Yu Jie berkata, Juliana dilaporkan memiliki pisau sepanjang 21 sentimeter (cm) dan sebilah pisau lagi berukuran kira-kira 13 cm dan menikam diri sendiri di bahagian perut di luar sekolah itu.

Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental, Juliana disahkan mengalami gangguan penggunaan opioid dan gangguan penggunaan perangsang (methamphetamine atau ais).

Namun ketika perbicaraan, DPP Wu menegaskan gangguan yang dialami Juliana tidak berkaitan dengan pertuduhan memiliki senjata dua senjata serangan.

“Walaupun kami tidak menerima bahawa tertuduh hanya memiliki pisau untuk menggantikan pisau yang kusam di rumah, namun masih tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa dia membawa pisau itu di khalayak ramai di bawah gangguan psikotiknya.”

DPP Wu memohon Juliana dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan namun hakim menetapkan hukuman penjara enam bulan sahaja.

Tempoh hukuman adalah termasuk hari reman iaitu antara 19 September hingga 12 Oktober 2022.

Kesalahan memiliki senjata ofensif boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan.

Di bawah undang-undang Singapura, bagaimanapun, wanita atau sesiapa sahaja yang berumur 50 tahun ke atas tidak boleh dirotan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: