Singapura Bandar Paling Mahal Dunia, Tel Aviv Tangga Ke-3
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SINGAPURA, 01 Disember 2022 — Singapura disenaraikan sebagai bandar paling mahal untuk didiami di dunia, berkongsi takhta bersama New York, Amerika, menurut indeks Kos Sara Hidup Sedunia yang terbaru Unit Perisikan Ekonomi (EIU).
Gabungan dua bandar itu mengetepikan Tel Aviv yang kali ini jatuh ke tempat ketiga berbanding tahun lalu, di tempat teratas.
Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa gabungan pendapatan tinggi dan kadar pertukaran yang kukuh mendorong kedua-dua hab kewangan ke senarai teratas.
Walaupun ini adalah kali pertama New York mendahului ranking, ia adalah kali kelapan bagi Singapura sejak dekad yang lalu.
Tinjauan dua kali setahun, yang dijalankan antara 16 Ogos dan 16 Sept tahun ini, menunjukkan kenaikan harga barang mencecah purata 8.1 peratus di 172 bandar utama.
Selain itu, kenaikan nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) turut mempengaruhi kos hidup penduduk di sesebuah bandar.
Mengulas mengenai penemuan terbarunya untuk Singapura, EIU berkata bahawa negara itu telah menghadapi kos sara hidup yang tinggi secara konsisten.
“Negeri bandar ini mempunyai harga pengangkutan tertinggi di dunia, berikutan kawalan ketat kerajaan ke atas nombor kereta. Ia juga antara bandar paling mahal untuk pakaian, alkohol dan tembakau, berkat kejayaannya sebagai lokasi utama untuk pelaburan perniagaan,” kata syarikat itu.
Tambahnya lagi, kerana mata wang Singapura yang kukuh, ia mempunyai kecenderungan kedudukan tinggi pada indeks EIU.
Berikut adalah kedudukan bandaraya di kedudukan teratas dan terbawah untuk 2022:
10 Kedudukan Teratas
1. Singapura
1. New York, AS
3. Tel Aviv, Israel
4. Hong Kong, wilayah pentadbiran khas China
4. Los Angeles, AS
6. Zurich, Switzerland
7. Geneva, Switzerland
8. San Francisco, AS
9. Paris, Perancis
10. Copenhagen, Denmark
10. Sydney, Australia
Kedudukan 10 Terbawah
161. Colombo, Sri Lanka
161. Bangalore, India
161. Algiers, Algeria
164. Chennai, India
165. Ahmedabad, India
166. Almaty, Kazakhstan
167. Karachi, Pakistan
168. Tashkent, Uzbekistan
169. Tunis, Tunisia
170. Tehran, Iran
171. Tripoli, Libya
172. Damsyik, Syria