Tempatan

Indonesia-Malaysia Perlu Tingkat Persefahaman Usai Polemik Bahasa – ABIM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 April 2022 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan bahawa penggunaan istilah “Bahasa Melayu-Nusantara” boleh digunakan bagi mengelakkan polemik serta pertelagahan istilah.

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM menegaskan di mana isu bahasa Melayu seharusnya menjadi medan yang menyatukan warga alam Melayu.

Hal ini kerana, penggunaan istilah bahasa Melayu adalah meluas dan digunakan di mana-mana rumpun Melayu dan di mana-mana rantau di dunia ini.

Menurut ABIM, usul dan usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua seharusnya disambut baik dengan mencari kesepakatan dalam sama-sama menempatkan lingua ini pada peranan yang strategik.

Ia selari dengan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ketika alam Melayu menjadi pusat peradaban kosmopolitan yng memimpin dinamika rantau Asia Tenggara.

Justeru, ABIM menekankan bahawa pentingnya untuk bersama-sama mengangkat semula Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) iaitu sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu yang merupakan khazanah kosmopolitan rantau nusantara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: