Tempatan

Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Januari 2023 – Penggunaan Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan penjara ataupun denda.

“Penggunaan Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah menjadi suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali,” memetik kepada hantaran Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Twitter rasminya.

BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

BACA JUGA: Eksport Minyak Sawit: Malaysia Perlu Tangani Sekatan & Kempen Negatif Eropah

BACA JUGA: Harga Hasil Laut Mahal, Ramai Datang Tanya Tak Jadi Beli

Menurut JPM di Facebook rasminya, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 bertajuk Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan telah dikaji semula serta ditambah baik dengan tatacara penggunaan Jata Persekutuan sebagai lambang Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Jata Persekutuan merupakan hak Kerajaan Persekutuan dan digunakan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

Malah, penggunaannya juga diterhadkan kepada Kementerian, Jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan apabila bertindak atas urusan rasmi masing-masing.

Pada tahun 2020 terdahulu, JPM juga pernah mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang menyalahgunakan dan mengubahsuai Jata Persekutuan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Akta 414 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: