Antarabangsa

Lelaki Singapura Mengaku Salah Sumbang Mahram Dengan Anak OKU Lembam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SINGAPURA, 08 Disember 2022 – Seorang lelaki berusia 60 tahun telah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang mempunyai kelainan keupayaan intelektual.

Tertuduh telah dituduh dengan empat tuduhan berkaitan jenayah tersebut namun dua lagi tuduhan akan dibicarakan untuk dikenakan terhadap warga Singapura itu yang dijadualkan pada 23 Disember tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon telah menyatakan kepada mahkamah bahawa mangsa yang merupakan seorang sukarelawan di sebuah organisasi kebajikan bagi orang kurang upaya intelektual, telah dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan dan dibesarkan di negara lain di bawah penjagaan nenek sebelah ibunya.

Ibu bapa kandung mangsa kemudiannya telah berkahwin pada tahun 2002. Namun mangsa hanya bertemu bapa kandungnya buat kali pertama pada tahun 2008 ketika mangsa berusia sekitar 14 tahun.

Mereka hanya bertemu sebanyak dua kali sebelum mangsa kemudiannya berpindah ke Singapura untuk tinggal bersama dengan kedua ibu bapa kandungnya pada sekitar 2014, di usia 19 tahun.

Menurut Poon, kejadian sumbang itu telah berlaku beberapa kali dan ianya bermula pada tahun 2019, di mana lelaki tersebut menunjukkan alat sulitnya kepada mangsa dan mengarahkan mangsa untuk menyentuhnya.

Setelah itu, tertuduh dikatakan telah melakukan perbuatan seksual dengan mangsa sekurang-kurangnya empat kali. Bahkan tertuduh turut menayangkan video lucah kepada mangsa.

Poon menyatakan kepada pihak mahkamah bahawa beliau berkehendak untuk tertuduh dikenakan hukuman penjara sekitar tiga ke tiga tahun setengah, dan empat dan empat tahun setengah untuk dua pertuduhan lain di mana tertuduh telah mengaku bersalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: