Antarabangsa

Ancaman Bom Palsu, Singapura Lancar Jet Pejuang F-16 Iringi Pesawat Penumpang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 29 September 2022 – Kerajaan Singapura telah melancarkan beberapa buah jet pejuang F-16 untuk mengiringi sebuah pesawat penumpang gara-gara satu ancaman bom palsu.

Pesawat yang diiringi jet pejuang tersebut kemudiannya mendarat di lapangan terbang Changi yang sedia lengkap dengan skuad bom tentera dan polis lapangan terbang.

Menurut laporan, kekalutan tersebut berlaku apabila seorang penumpang pesawat Singapore Airlines SQ33 mengganggu kru penerbangan dan mendakwa bahawa terdapat bom dalam bagasi yang dibawanya.

“Singapore Airlines mengesahkan bahawa seorang penumpang tidak terkawal telah memukul kru penerbangan dan membuat ancaman bom pada penerbangan SQ33,” menurut kenyataan rasmi Singapore Airlines.

Pihak polis, pada jam 2.40 petang semalam, kemudiannya dimaklumkan bahawa pesawat dari San Francisco tersebut mengalami ancaman bom.

Setelah pendaratan, lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa kerana membuat ancaman keganasan palsu, dan disyaki telah menggunakan dadah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: