Antarabangsa

Taiwan Lebih Penting Daripada Ukraine, Senator AS Mahu Washington Utamakan Penghantaran Senjata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AMERIKA SYARIKAT, 08 Disember 2022 – Senator Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Josh Hawley telah menyeru Jabatan Negera agar penghantaran senjata diutamakan terhadap Taiwan, dan bukan Ukraine.

Hawley membuat kenyataan sedemikian dengan hujah bahawa Taiwan adalah lebih penting terhadap kepentingan nasional AS berbanding dengan Ukraine.

Sebelum ini, beliau pernah juga membuat kenyataan bahawa wang yang telah banyak digunakan oleh Washington bagi membantu Ukraine di dalam konflik menentang Rusia itu sebaiknya dibelanjakan untuk negara sendiri.

Pada sepucuk surat yang ditujukan kepada Setiausaha Negara Antony Blinken, Hawley mendakwa tindakan AS yang membantu Ukraine dalam hal ketenteraan itu telah mengabaikan “kepentingan yang sangat mustahak di Asia”.

Beliau turut menyatakan bahawa persenjataan sepatutnya dihalakan ke Taipei, dengan hujah bahawa dengan membantu persenjataan Taiwan, ianya akan menyebabkan kesukaran bagi pihak China jika republik tersebut ingin melancarkan serangan ke pulau itu.

Berkenaan dengan masalah di Ukraine, Hawley berpendapat bahawa Jerman dan rakan-rakan sekutu NATO sepatutnya memberi tumpuan terhadap membantu Ukraine dalam isu-isu persenjataan dan ketenteraan.

Pada Oktober lalu, LD Vance, seorang lagi senator dari parti Republikan turut menyatakan bahawa Taiwan adalah lebih penting bagi AS berbanding Ukraine. Ini berikutan pulau tersebut mempunyai kaitan dengan industri semikonduktor yang mewakili dua per tiga daripada penghasilan sedunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: