Tempatan

Menteri Jamin Babi Pasir Putih Bebas Daripada Demam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 10 Mac 2022 – Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom memberi jaminan bahawa babi dari kawasan penternakan Pasir Putih di Simunjan masih selamat daripada Demam Babi Afrika (ASF).

Beliau berkata, kebanyakan khinzir yang dieksport ke Singapura adalah dari Pasir Putih.

“Pengimport dari Singapura agak bimbang, tetapi mereka faham bahawa kita telah melakukan sebaik mungkin dan babi tersebut selamat dari wabak,” jelas beliau dalam sidang media selepas melancarkan seminar “Penternakan Ikan Udang Cakar Merah di Sarawak” pada Selasa lepas.

Wabak yang menular itu telah menjejaskan beberapa ladang di wilayah tengah Sarawak di Miri, Sibu, Betong dan Sarikei.

Menyifatkannya sebagai bencana, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV) dan pihak berkuasa yang berkaitan sedang giat mengkaji prosedur operasi standard (SOP) untuk mengatasi wabak ASF termasuk proses pelupusan bangkai babi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: