Tempatan

MKT UMNO Bakal Bermesyuarat Malam Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn, malam ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memaklumkan, ia merupakan mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini MKT pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hassan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai kabinet Anwar,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Mohd Puad, walaupun telah menyertai Kerajaan Perpaduan, namun UMNO akan kekal memainkan peranan semak dan imbang kepada Kerajaan.

Selain itu, Mohd Puad turut mendesak Kerajaan menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tabung Haji.

“Kerajaan perlu didesak menyegerakan RCI Tommy Thomas, RCI Tabung Haji, dakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, perbicaraan adil untuk bossku (Datuk Seri Najib Razak) dan saman isu Pulau Batu Putih.”

“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah kerana ia sesuai dengan tagline PN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” ujarnya.

Jelasnya, PN mesti terbuka terhadap siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran.”

“Dulu, orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat. Apadahal. Jangan sloganis,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: