PRU-15

Tular: NGO Berkumpul Depan Istana Negara Bantah Anwar PM10

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Tular di TikTok, video kekecohan yang berlaku di perkarangan Istana Negara, dimaklumkan bahawa ianya adalah bagi membantah Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut jurucakapnya, kumpulan yang membuat bantahan tersebut adalah mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam.

Dalam video tersebut, mereka mengutarakan hasrat supaya jangan dibiarkan suara khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen Melayu-Islam menjadi minoriti di dalam Kerajaan yang akan dibentuk tidak lama lagi.

Kumpulan NGO Melayu-Islam tersebut juga, meminta KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membantu menyegerakan proses pelantikan Perdana Menteri ke-10 tersebut.

Terbaru, pergolakan politik negara yang telah berlarutan dan masuk hari keempat hari ini telah membawa kepada proses selanjutnya iaitu Seri Paduka Baginda telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok, 24 November 2022.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapat pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: