Tempatan

Laporan Polis Ke Atas Datuk Seri Anwar Ibrahim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Agung Ummah Malaysia (UMMAH), Khalil Idham Lim Bin Abdullah ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sebab perutusan warkah pembatalan darurat.

Laporan itu dibuat susulan surat Anwar Ibrahim kepada semua ahli Parlimen yang menyeru mereka menghantar warkah membatalkan Pengisytiharan Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ujar Khalil Idham, “Kenyataan tersebut telah disiarkan dalam laman Facebook menggunakan akaun bernama Anwar Ibrahim dan kemudiannya dipadam oleh pemilik akaun tersebut. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut telah tular di media sosial dan media-media utama termasuk portal berita https://malaysiakini.com/news/558928.”

Menyentuh isu perisytiharan darurat, Khalil menegaskan, tiada mana-mana pihak yang boleh mencabar atau mempersoalkannya kerana keputusan Agong adalah muktamad menurut Perkara 150 (6) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan oleh mana-mana pihak di dalam mahkamah atas apa-apa alasan seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (6) (a) Perlembagaan Persekutuan.”

Tambahnya lagi, jika Perlembagaan Persekutuan menyatakan ia tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah, maka di luar mahkamah juga tidak boleh.

Oleh hal yang demikian, perutusan warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu hasutan kepada pihak yang berkenaan dan mencabar kuasa Agong yang diperuntukkan Perlembagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: