Tempatan

Sut Biru YDPA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN – Abdul Wahab Mohamad Ali, seorang penganalisis isu-isu semasa menjelaskan maksud tersirat berkenaan sut warna biru muda yang dikenakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan, pada tarikh 21 Februari 2021 yang lalu.

Ujarnya yang memetik kata-kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Utama Wan Rosdy Wan Ismail dalam majlis itu, “Sesungguhnya, keberangkatan Tuanku ke majlis pagi ini telah mengimbau kembali peristiwa hampir sama berlaku lebih 40 tahun lepas, pada 1 September 1979.”

“Ketika itu, Tuanku masih bujang, usia baru mencecah 20 tahun. Tuanku berangkat sebagai Pemangku Raja Pahang dalam pakaian sut berwarna biru muda hampir sama Tuanku pada hari ini telah menyempurnakan pelancaran Majlis Perbandaran Kuantan.”

Tambah Wan Rosdy, lebih empat dekad kemudiannya, Seri Paduka Baginda yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong negara sekali lagi mencemar duli menyempurnakan pemasyhuran Kuantan yang kini secara rasminya menjadi bandaraya Kuantan.

“Bak kata pepatah, lain hulu, lain parang, lain dahulu, lain sekarang. Sepertimana bezanya status Kuantan sekarang, begitulah juga baginda Tuanku yang kini berpermaisurikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sejak lebih tiga dekad lepas.”

“Keberangkatan Raja Permaisuri Agong mengiringi keberangkatan Tuanku pagi ini serta keberangkatan Paduka Anakanda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, telah memberi makna yang lebih besar kepada seluruh majlis pada pagi ini.”

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong mencemar duli ke Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan diringi oleh keberangkatan Raja Permaisuri Agong serta keberangkatan Paduka Anakanda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Perisytiharan itu turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan pertama.

Dalam majlis tersebut, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar tumpuan perlu diberi kepada usaha memelihara kesejahteraan penduduknya.

Ekoran itu, hanya sehari selepas majlis pemasyhuran berkenaan, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Abd. Rahim Muda mengumumkan, tidak akan ada sebarang kenaikan cukai pintu, lesen perniagaan, kadar sewaan premis dan caj letak kenderaan seperti yang dibangkitkan dan menjadi kerisauan penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: