Tempatan

Elaun Khas, Pingat Khidmat Tanda Penghargaan Buat Anggota SAR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 –  Semua petugas yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bencana gempa bumi di Turkiye akan mendapat elaun khas dari Kerajaan sebagai penghargaan jasa mereka di sana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu di Dewan Rakyat pada Khamis lalu setelah meninjau sendiri keadaan petugas di Turkiye.

BACA JUGA: Getah Tempatan Boleh Jimatkan Kos Turap Jalan RM0.5 Bilion

BACA JUGA: SOSMA Perlu Untuk Keselamatan Nasional – Menteri

BACA JUGA: Jalan Temiang Ditukar Ke Pengasas DAP

“Ada yang nampak letih dan lesu dan mereka masuk ke dalam daerah yang belum biasa dan belum pernah pasukan kita bekerja di musim sejuk.”

“Itu amat terasa (menyentuh hati)… dengan mereka pergi tanpa persiapan pakaian yang lengkap.”

Jelasnya, elaun khas berkenaan akan diberikan berdasarkan tempoh penglibatan mereka dalam operasi berkenaan dan jumlah pemberian akan dibincangkan dengan Jabatan Perbendaharaan Negara.

Bukan itu sahaja, Kerajaan juga akan memberikan Surat Penghargaan dan Pingat Khidmat kepada anggota yang terlibat.

“Macam mana kita tambah makna kepada penghargaan ialah kita akan beri Surat Penghargaan dan saya usul Pingat Khidmat khusus kepada mereka yang bertugas.”

Sementara itu, beliau turut meluluskan permintaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan agar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyambung operasi pencarian, berbanding tempoh dua minggu yang ditetapkan sebelum ini.

Tambahnya, Erdogan turut menyampaikan penghargaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan 222 Ahli Parlimen kerana menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: