Tempatan

Isu CPTPP: PSM Dan GKN Akan Terus Berkempen Tukar Keputusan Kurang Bijak Kerajaan – Dr Jeyakumar Devaraj

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Januari 2023 – Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dan Gabungan Kedaulatan Negara (GKN) akan terus berkempen untuk menukar suatu keputusan Kerajaan yang kurang bijak dan diasaskan atas andaian yang salah dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP),” tegas Pengerusi Nasional PSM, Dr Jeyakumar Devaraj.

Beliau berkata demikian ketika melahirkan rasa kecewa apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun menandatangani semua dokumen pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import di bawah perjanjian CPTPP diteruskan.

Keputusan ini dibentangkan di Kabinet oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengatakan Malaysia komited untuk melaksanakan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) malah tiada penilaian semula berhubung perjanjian tersebut selain sangat komited untuk menyertai CPTPP ini.

Dalam pembentangan itu, Tengku Zafrul tidak menafikan bahawa memang terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak, namun telah menangani perkara itu selain banyak tindakan telah diambil oleh kementerian dan Kerajaan bagi menanganinya.

Berlainan dengan Dr Jeyakumar yang berkata, beliau amat kecewa kerana sebelum ini Kabinet telah memutuskan untuk tidak menilai semula keputusan untuk meratifikasi CPTPP walaupun pelbagai kumpulan berbeza menyatakan keraguan yang serius.

Tambahnya, apa yang lebih teruk, Kerajaan baharu tidak bersusah payah menjemput kumpulan ini untuk berbincang sebelum mengumumkan keputusan Kabinet.

Sebelum ini pun, kalau kita lihat “statement” pada November 2021 Anwar dalam satu kenyataannya turut bersuara agar Kerajaan pertimbang semula penyertaan Malaysia dalam CPTPP, selain turut menggesa Kerajaan mengkaji dan meneliti semula penyertaan Malaysia dalam CPTPP bagi melindungi kepentingan pelbagai pihak dalam negara.

Memetik kata-kata Anwar Ibrahim sebelum ini sebagai berkata, “Penyertaan Malaysia dalam CPTPP dilihat akan menjejaskan beberapa perkara seperti kepentingan pekerjaan, dasar tindakan pengukuhan, proses pemerolehan dalam Kerajaan, serta harta intelek (IP).”

Beliau yang menjadi Ketua Pembangkang ketika itu menegaskan,”Kita mesti jaga kepentingan negara dari segi pemerolehan, IP dan tindakan afirmatif ini kerana ini adalah bidang yang kita patut bantu rakyat sama ada bumiputera atau bukan bumiputera yang memerlukan bantuan kita.”

“Saya harap hal-hal seperti ini akan diteliti semula walaupun CPTPP ini adalah urusan kementerian lain (selain Kementerian Kewangan), namun ia harus diputuskan dalam Kabinet,” katanya semasa perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, ketika itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu kini jelas bertentangan setelah menjadi Perdana Menteri apabila kenyataan yang dibuat Tengku Zafrul yang mengatakan Kerajaan Malaysia komited untuk melaksanakan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) malah tiada penilaian semula berhubung perjanjian tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: