Tempatan

Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Agong Disambut Hari Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 November 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, negara akan terus berdaya saing dan mencapai kemajuan yang lebih tinggi jika konsep Keluarga Malaysia yang inklusif dan adil digabungkan dengan semangat sebuah keluarga.

“Inisiatif Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini amat menarik perhatian beta. Benar bagai dikata, kita semua adalah diibaratkan sebagai sebuah keluarga,” titah Baginda pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021 di Istana Negara hari ini.

Di samping itu, Seri Paduka juga mengingatkan rakyat bahawa kelonggaran daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dinikmati kini boleh hilang sekali lagi jika mereka berterusan lalai.

Kerana itu Baginda menitahkan semua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai ujian sebelum ini selain terus memainkan peranan sehingga negara bebas sepenuhnya daripada wabak COVID-19.

Pada hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena istiadat hari ini.

Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong disambut pada 7 Jun lepas, namun tiada istiadat sambutan diadakan berikutan penularan Covid-19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button