Tempatan

 Rafizi Janji Kerajaan Pelihara Kepentingan Bumiputera

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Disember 2022 – Kerajaan Perpaduan akan terus memelihara dan mempertahankan kepentingan Bumiputera selaras dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata sedemikian sewaktu diajukan soalan berhubung kebimbangan masyarakat Melayu terhadap ‘imej bercampur’ Kerajaan gabungan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Saya beri jaminan bahawa kepentingan Bumiputera tetap masih dipelihara selaras dengan peruntukan ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan ‘Kick-Off’ Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), semalam.

Beliau berkata, penggubalan RMK12 yang bermula pada 2021 dan berakhir pada 2025 secara keseluruhannya bahkan turut mengambil kira kepentingan Bumiputera.

Dalam pada itu, katanya akan ada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang ‘jaga’ kepentingan Bumiputera juga berkemungkinan akan dinilai semula sesuai dengan keperluan semasa.

Baru-baru ini dalam sebuah kenyataan, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa Democratic Action Party (DAP) telah memberi jaminan untuk akur dengan empat Perkara yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan agama Islam, keistimewaan orang Melayu, kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: