Cetak 2 Juta Quran ‘Berbaloi’, Dakwah Kepada Pengkritik Islam
KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan sebanyak RM10 juta daripada Bajet 2023 untuk mencetak dan mengedarkan dua juta naskhah terjemahan al-Quran adalah patut.
Beliau membuat kenyataan sedemikian sewaktu membuat jawapan balas terhadap kritikan yang menyatakan jumlah wang sebanyak itu adalah “terlalu banyak” untuk digunakan bagi tujuan mencetak dan mengedarkan al-Quran terjemahan.
BACA JUGA: Undi 18, LFL Bantah Tahan Pelajar SPM
BACA JUGA: Gesa Kerajaan Mansuhkan DLP, Kumpulan Dilabel “Ultra-Nasionalis”
BACA JUGA: Luruan Monsun, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Sehingga 1 Mac
Beliau turut mempersoalkan kritikan tersebut dengan bertanyakan sebab yang menyatakan bahawa jumlah tersebut adalah terlalu banyak.
Menurutnya lagi, terjemahan al-Quran itu bukan sahaja dicetak di dalam bahawa Sweden bahkan juga beberapa bahasa lain.
Anwar pada kenyataan yang sama mengatakan bahawa tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menyuburkan kefahaman.
Dalam sebuah kenyataan beliau setelah berucap pada sebuah persidangan antarabangsa mengenai Islamofobia, Anwar menyatakan bahawa masalah kini adalah mengenai kefahaman.
Menurutnya, golongan yang menolak Islam tidak membaca kitab suci tersebut manakala mereka yang menentang golongan tersebut pula tidak pernah berminat untuk mempelajari akan budaya-budaya yang lain.
Pada Januari lalu Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di dalam siri jelajahnya.