Tempatan

RM437.5 Bilion Didakwa Diselewang, Bukan Dana Kerajaan – SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2022 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa dana RM437.5 bilion dari dana keseluruhan RM530 bilion adalah bukan dari dana Kerajaan.

SPRM memaklumkan demikian berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, manakala suruhanjaya tersebut mengarahkan siasatan terhadap lebihan jumlah dana yang didakwa diseleweng ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebanyak RM92.5 bilion, di mana ia adalah merupakan dana Kerajaan.

Suruhanjaya tersebut juga memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas SPRM menerima butiran daripada Kementerian Kewangan mengenai pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan Kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan COVID-19.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19, menurut sumber.

Untuk rekod, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: