Tempatan

Kemelesetan Ekonomi Global Kurang Jejas Malaysia, Asia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Disember 2022 – Kemelesetan ekonomi global yang diramalkan berlaku pada tahun depan diunjurkan kurang menjejaskan Malaysia dan juga Asia, lapor sebuah portal berita tempatan.

Ramalan tersebut adalah berikutan kurangnya kebergantungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada perdagangan bersih dan pelancongan berbanding ekonomi membangun lain di ASEAN.

Menurut Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), permintaan domestik pada tahun ini dijangka menjadi penyumbang peratusan tertinggi kepada KDNK dalam tempoh dua dekad lalu.

“Walaupun terdapat petunjuk jelas bahawa kemelesetan akan berlaku, Asia dijangka berdiri kukuh di tengah-tengah unjuran yang suram,” menurut ICAEW.

Dalam pada itu, kata ICAEW, pelbagai faktor sosioekonomi terutamanya konflik Rusia-Ukraine diikuti gangguan rantaian bekalan menjadi punca kepada berlakunya inflasi sehingga menjejaskan banyak pihak di peringkat global.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan bahawa 2023 merupakan tahun yang mencabar buat Malaysia di mana dijangka negara ini akan turut terkesan akan krisis ekonomi global.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: