Tempatan

UMNO: Cerai BERSATU Demi Jadi Nombor Satu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR: “Habis UMNO nak bersama siapa? Bersendirian kita tak
mampu. Terus bersama BERSATU yang nak matikan kita? Adakah kita boleh jamin rakyat suka dengan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh
BERSATU?” demikian persoalan Ahmad Jazlan seperti dilaporkan dalam
Astro Awani

Dakwa Jazlan, UMNO tidak perlu terlalu terikat apatah lagi dengan
BERSATU yang sebelum ini menolak parti itu dalam PRU-14 demi
mengembalikan parti terbesar Melayu itu di tangga teratas.

Bukan itu sahaja, selepas menyertai kerajaan dengan BERSATU pun, tiada
perubahan atau manfaat yang diperoleh UMNO.

“Mengapa UMNO perlu terlalu terikat? PRU lepas UMNO ditolak oleh
gabungan mana? Bukankah oleh gabungan BERSATU yang bersama dengan DAP dan PKR?”

“Adakah dengan keadaan sekarang UMNO akan jadi lebih kuat? Jawabnya
kita mesti buat pilihan jalan mana mesti dilalui demi meletakkan UMNO
kembali di atas walaupun terpaksa mengambil sedikit masa kerana jalan
yang kita lalui sekarang adalah jalan mati.”

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula
menyatakan bahawa PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung keputusan yang diambil UMNO untuk memutuskan hubungannya dengan BERSATU.

“Oleh kerana usul ini akan dibahas dalam perhimpunan agung UMNO (PAU) nanti, PAS berpendirian untuk tunggu dan lihat sejauh mana usul ini
akan diterima atau ditolak oleh perwakilan.” Demikian penjelasan Tuan
Ibrahim seperti dilaporkan dalam Malaysiakini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: