PRU-15

PAS Perkukuh Kerjasama Perikatan Nasional – Presiden PAS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Parti Islam Se Malaysia (PAS) memuktamadkan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang, atas prinsip penyatuan ummah.

Menurut kenyataan media Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, keputusan tersebut adalah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, 13 Oktober 2022.

Selain itu, parti politik tersebut juga memutuskan akan mengadakan perbincangan kerusi-kerusi di Negeri dengan Perikatan Nasional.

PAS juga memaklumkan senarai calon-calon parti PAS daripada Negeri perlulah diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.

Mengakhiri kenyataan, PAS mengekalkan keputusan untuk tidak membubarkan DUN di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa PAS akan tetap optimis dalam meneruskan usaha penyatuan ummah yang melibatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: