Tempatan

Kalimah Allah: PN Kemuka Akta Tafsiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 – Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan usul Akta Tafsiran bagi membincangkan hal berkaitan tafsiran kalimah Allah di negara ini.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Usul Persendirian itu sudah dihantar dan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.

BACA JUGA: GEMPAR! Kubu Purba Kota Baitulmuqaddis Ditukar Menjadi Muzium Yahudi

BACA JUGA: Kos Ibadah Korban Di Tanah Suci Meningkat

BACA JUGA: Kes Hak Jagaan Anak Orang Asli: Mahkamah Perintah ‘Gag Order’ Kepada Semua Pihak Terbabit

“Seorang Ahli Parlimen kita (PN) telah menghantar usul persendirian dan kita akan bawa supaya Kerajaan sedar ia salah satu cara selesaikan isu itu buat selamanya,” katanya semasa berucap pada program Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima, Khamis lalu.

Tegas beliau, penggunaan kalimah ALLAH dapat diperincikan menerusi surah al-Ikhlas yang jelas menyatakan Tuhan itu Esa dan tidak boleh disamakan dengan lain kecuali ALLAH.

“Tuhan itu esa dan tidak boleh disamaratakan dengan yang lain. Tiada tuhan lain kecuali Allah.”

Mengulas lanjut, Datuk Seri Hamzah menyatakan, ia terpulang kepada Kerajaan sama ada mahu menerima usul itu atau sebaliknya.

“Saya juga mahu tengok apa Kerajaan cakap (berkaitan usul berkenaan) nanti,” kata beliau lagi.

15 Mei 2023 baru-baru ini, media melaporkan bahawa Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama bagi tujuan pembelajaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: