Tempatan

DAP Guna PAS Untuk Takutkan Etnik Cina Menjelang PRN – MCA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Julai 2023 – Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker mendakwa DAP menyasarkan PAS dalam usaha menakut-nakutkan pengundi bangsa Cina menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Lapor media tempatan, beliau berkata bahawa tindakan berkenaan mendorong polarisasi kaum dan agama yang dicerminkan dalam trend sokongan Melayu terhadap pembangkang Perikatan Nasional (PN) dan bukannya Pakatan Harapan (PH).

Ti Lian Ker juga meramalkan, polarisasi sebegitu akan berterusan dan menjadi lebih buruk menjelang PRN, di mana sentimen perkauman akan dieksploitasi atas nama meraih sokongan.

BACA JUGA: Pemilik Crackhouse Comedy Mengaku Salah, Didenda RM8,000

BACA JUGA: e-Negarawan: Teroka Sejarah Negara Dengan Kod QR

BACA JUGA: Threads Dilabel Pesaing Twitter, Daftar 30 Juta Pengguna

“UMNO dibenci rakyat termasuk orang Melayu kerana hasutan dan serangan bertubi-tubi DAP, dan ini menyebabkan kebencian penyokong UMNO terhadap DAP dan masyarakat Cina yang selama bertahun-tahun menerima hasutan DAP secara umum.”

“Tiba-tiba DAP bekerjasama dengan UMNO dan menjadikan PAS sebagai sasaran untuk mengganas dan menakutkan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina,” dedah beliau.

Bekas Timbalan Menteri Belia Dan Sukan itu juga menegaskan, MCA sendiri tidak pernah menggunakan alasan PAS sebagai ‘parti ekstremis’ untuk mewajarkan kerjasamanya dengan UMNO.

Katanya, MCA telah memilih untuk mengelak daripada terlibat dalam pertikaian yang mempersenjatakan sentimen perkauman dan agama bagi meredakan ketegangan yang semakin ketara di negara ini.

“MCA tidak bersetuju dengan penggunaan perpaduan semata-mata untuk meraih undi, pada masa sama menganiaya mana-mana parti lain sebagai musuh.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: